manik bunga baju kurung 
Manik kat baju kurung ni tak tau nak bagi nama apa. Manik bunga-bunga pun boleh je....simple je.



manik mutiara manik permata 
Nampak menarik bila baju kurung yang kosong dibuatkan manik macam ni. Manik macam ni memerlukan masa yang agak lama untuk disiapkan.

Design manik yang agak simple daripada dua labuci berlainan saiz dan warna. Asalnya daripada design manik bunga teratai yang besar.

Manik yang ni pun dinamakan bunga kasih jugak. Sedikit perubahan pada kelopak-kelopak yang menggunakan labuci dan manik berlainan warna.

Pelanggan menempah baju kurung pahang ini dengan sedikit kelainan pada lengan yang boleh diikat. Seperti gambar di bawah.


 
Baju kurung moden yang ditempah bersama jahitan manik bunga bintang. Untuk lebih jelas, sila ke laman manik.

 
Baju kurung moden daripada kain sutera dan dipadankan dengan kain satin. Untuk menjaga kain supaya tidak  rosak, lagi baik dihantar untuk cucian kering.

 Jahitan manik bunga bintang ini telah siap dihantar kepada pemiliknya yang berada di Terengganu.

;;